|
Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.
Hari pertama selepas Pembedahan "Arterial Switch".
Alhamdulillah. Naqiuddin dah semakin stabil. Baru dapat tengok Oksigen Naqiuddin capai tahap 100% dari semalam sampai hari ni. Kalau turun pun setakat 98-99%. Tapi masih dengan 75-80% bantuan oksigen dari mesin. Heart Rate sekitar 135-140. Suhu badan terakhir petang tadi 35.5 C.
Dada Naqiuddin baru dijahit pagi tadi setelah bengkak-bengkak dibadan dah susut. Biasanya bila dah dijahit, memang dah tak ada masalah InsyaALLAH ( ).
Jam 6:30 petang tadi, nurse ( ) kata Naqiuddin dah nak cuba-cuba buka mata (dah sedar) tapi nurse ( ) bagi ubat tidur supaya Naqiuddin tak rasa sakit.
Naqiuddin sekarang duduk di Cot H di PICU IJN. Sebelah tempat lama dia. Sebelum ni di Cot F.
Terima kasih mak ayah (mertua kamilz), tok, adik ipar Zan, Yati & Syafinaz kerana datang melawat hari ini. Jam 1 petang tadi baru boleh melawat. Semalam mereka tunggu kalau-kalau boleh lawat lepas operation. Tapi urusan tak selesai lagi. Mak abah Naqiuddin pun dapat jenguk sekejap pada masa-masa kecederaan (Waktu melawat dah nak abis).
Syukur kehadrat ALLAH ( ). Jam 5 petang pembedahan selesai. Kini Naqiuddin sedang diuruskan di Pediatrik ICU. Dr ( )Hamdan Leman kata tadi jantung Naqiuddin kuat. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang men kan dari mana-mana.
Jam 11:20 Naqiuddin masuk operation theatre setelah diberi ubat bius. Lewat sedikit kerana Dr ( )Hamdan datang lewat kerana nenek isterinya meninggal malam tadi. Takziah diucapkan.
Jam 10:40 Naqiuddin belum lagi masuk bilik operation. Masih di PICU. Namun persiapan telah dilakukan dan pakaian untuk operation telah dipakaikan. Sudah mula berpuasa jam 4 pagi tadi. Operation akan ambil masa kira-kira 5-6 jam.
Jam 13:36:27 MYT GMT+8 Pembendahan Kategori: Jantung,IJN,Pembedahan,Naqib
Jumaat bertemu Jumaat. melangkah satu Jumaat
Apa yang di repekkan tu. Naqiuddin menjalankan pembedahan pertama Jumaat 3 Disember 2004. Dan akan menjalankan pembedahan utama "Arterial Switch Operation" Esok Jumaat 17 Disember 2004 selepas dua minggu berlalu (melangkau satu Jumaat).
Pembedahan akan dijalankan sebagai Kes Pertama Dr ( )Hamdan esok pagi. Keadaan Naqiuddin dah OK ( ) cuma paru-paru ada sedikit jangkitan yang mungkin dapat semasa pembedahan "BT Shunt On" yang lalu.
Dr ( )Hamdan nak tunaikan Haji Januari ni, so pembedahan perlu dilakukan sebelum beliau pergi . Kalau tunggu dia balik, dikuatiri akan banyak lagi masalah lain yang timbul.
Terima Kasih Keluarga Kak Shimah dan Sidik yang datang melawat hari ini (dan masih di IJN ketika ini)
Semoga pembedahan yang dijalankan di Penghulu Segala Hari ini akan diberikan kejayaan oleh ALLAH ( ) S.W.T.
Ya ALLAH ( ) Ya Tuhanku. Ampunilah segala dosaku, kedua ibu bapaku, seluruh ahli keluargaku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Ya ALLAH ( ) Ya Tuhanku, permudahkanlah urusan pembedahan jantung yang akan dijalankan ke atas zuriat sulungku Ahmad Naqib Naqiuddin Bin Ahmad Kamil yang dijangka dijalankan esok hari. Berilah kejayaan terhadap pembedahan tersebut Ya ALLAH ( ).
Semoga ALLAH ( ) merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Segala puji hanya untuk ALLAH ( ), TUHAN semesta alam. Amin ( ).. Amin ( ). Amin ( )... YaRabbalalamin
|
|

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)
|
|