Sebelum tu nak ucapkan tahniah kepada Pak Dik kepada Naqiuddin (Adik kamilz http://sidik.org) sebab dah dapat tawaran bertugas di salah sebuah anak syarikat PETRONAS (MTBE/Polypropylene (M) Sdn. Bhd), sebagai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan, di Gebeng Kuantan setelah menanti 8 bulan selepas tamat pengajian. Semoga dapat menempuhi alam pekerjaan dengan tabah dan berjaya.
Hari ni saluran oksigen diluar hidung Naqiuddin dah dicabut dan pemberian antibiotik dah dihentikan. X-ray dah diambil dan kalau OK () hari ni Naqiuddin akan dipindahkan ke wad asal di wad Tanjung, Aras 2 IJN menanti masa untuk discharge. Alhamdulillah..
Memang dah sampai masa untuk meniarap. Perkembangan bayi normal kalau dah 3 bulan memang sepatutnya dah meniarap. Nampaknya Naqiuddin pun macam tu. Jenuh tegakkan badan dia, mesti dia mengiring lagi nak meniarap. Tapi terpaksa dihalang le. Takut kesan operation tu jadi sakit.
Tengahari tadi ada timbang berat badan naqiuddin. Banyak juga turunnya. Sebelum operation pertama hari tu berat dia 4.6 Kg. Hari ni turun 4.1 Kg. Mana taknya. Makan susu sikit. Lepaih tu kene ikut time pulak.
Hari ni tak ada ura-ura lagi bila nak balik rumah. Memang kene tunggu habis bekalan ubat antibiotik tu ler. tapi tak tau bile.
Terima Kasih Abang Arif, Kak Hana dan Mak serta ayahnya kerana datang melawat petang tadi.
Tengahari ni semua benang jahitan operation yang lepas dah di cabut/buang. Jadi sekarang ni cuma dalam fasa menjaga luka je.
Ikut kata nurse () Rohana tadi, kalau ikutkan dah boleh balik dah Naqiuddin. Tapi pemberian antibiotik tak habis lagi. Ada lagi dalam 2-3 hari. Pagi tadi Dr ()arab dah suruh tutup oksigen (yang letak kat luar hidung tu). Pun dah ok. Bacaan SpO2 atas 96%. Tapi datang Dr ()lagi sorang suruh pasang balik pulak. Dia kata antibiotik tak habis bagi lagi. Bila dah habis nanti baru buka oksigen.
Setelah hampir sebulan tak nampak Naqiuddin tersenyum (sejak pembedahan BT Shunt 3 Disember), akhirnya hari ni nampak dia tersenyum. Bukan sedikit? tapi banyak kali. Kalau orang bercakap? kat dia mesti dia tersenyum. Dah dapat hisap susu sendiri, seronok le dia
Petang tadi buat Echo, Alhamdulillah semuanya OK (). Sehari dua lagi balik le rumah InsyaALLAH ().