| catatan | hubungi kami | galeri | kalendar | hiperlink >>
Siapa Kamilz? Siapa Noraini? Siapa Naqib? Siapa Naqia? Siapa Aqlan?
 

My.Yahoo


Waktu Solat Taman Ixora, BBST Daerah Sepang Selangor Waktu: Asar
Selasa 21/05/2013 
Imsak 05:30
Subuh 05:40
Syuruk 07:01
Zuhur 13:13
Asar 16:36
Maghrib 19:21
Isyak 20:35

Perak FA 2013





Kenapa Naqiuddin Perlu Di Bedah ? KLIK DISINI untuk lihat sejarah bagaimana masalah ini dikesan.

Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

Istilah Perubatan Yang Berkaitan ::
Isnin 25 Julai 2011
Jam 10:08:00 MYT GMT+8 Izinkanlah Berkesempatan Bertemu Ramadhan
Kategori:


اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان
اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان
اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان


Ya ALLAH ()... Izinkan kami berkesempatan bertemu Ramadhan (3X)

وَ وَفِّقْنَا فِيهِ لِلصِّيَامِ وَالْقِيَام


Dan berikanlah Taufik HidayahMu, agar dapat kami berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan beribadah

وَاجْعَلْنَا فِيهِ مِنْ عُتْقَائِكَ مِنَ النَّار


Dan dengan melaluinya, jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat membebaskan diri dari api nerakaMU

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن


Dengan RahmatMu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Selasa 31 Mei 2011
Jam 23:59:18 MYT GMT+8 Ulang Tahun Perkahwinan Ke-8 & Berehlah di Ferringhi
Kategori: Kampung,Ulangtahun,Jalan-jalan,Doa


Sehari selepas kembali dari Beijing, aku, isteri & anak2 bertolak ke Kampung mertua di Kedah. Aku ambil cuti 3 hari sampai 1 Jun. Bertolak hampir jam 1.00 petang, azan magrib tiba di rumah mertua di Kampung Pantai Edau, Sidam Kiri Kedah.

Selasa 31 mei 2011, genap  8 tahun aku @ Isteri tersayang Noraini Binti Romlie disatukan.... di kampung inilah.. semoga berkekalan hingga ke Syurga..





Sambutan 8 tahun ini kami sambut dengan berkelah di Batu Ferringhi, Penang bersama keluarga mertua..



Hari ni juga kali pertama aku & anak2 naik Feri Penang untuk kembali ke tanah semenanjung..


Muka kena paksa bangun..masing2 tertidur kepenatan



Isnin 30 Mei 2011
Jam 23:01:35 MYT GMT+8 Beijing, China: Hari ke-10 & Hari Ke-11 (Terakhir)
Kategori: Luar Negara,


Ketika tulisan ni ditulis aku dah ada di Malaysia & berada di Kedah. Tak sempat menulis semasa di Beijing.


JUMAAT,  27 MEI 2011
Hari ni acara rasmi bermula jam 10.30 pagi. Majlis penutup telah diadakan di Training Center, Sekolah Pengajian Lanjutan (tempat kuliah sepanjang kursus ni), yang disempurnakan oleh Encik Li Baoxun, Puan Wang Xiaojun dan Encik Fu Sibou.



Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Li Baoxun dan ucapan penutup oleh Puan Wang Xiaojun yang diterjemahkan olej Encik Li. Kemudian Peserta dari Papua New Guinea mewakili kami peserta yang lain memberi ucapan.  Serta penyampaian sijil & cenderahati serta majlis bergambar.



Pukul 12.00 hari kami dibawa dari lobi hotel ke restoran berdekatan untuk "farewell lunch". Dalam 100 meter dari hotel. Restoran Golden. Tapi makanan untuk aku & Kamran diorang order khas dari restoran muslim yang berdekatan.


Makanan Muslim dilapik tisu bagi mudahkan pengecaman.. haha

Petang kami  (Kecuali Sri Lanka & Monggolia) menaiki Subway dari stesen Xitucheng (Lane 10) ke Beigongmen (Lane 4) untuk ke Summer Palace. Summer Palace (Istana Musim Panas) satu lagi tinggalan sejarah China juga amat luas kawasannya dan tak habis kami lawati petang tu.


Di depan stesen TV CCTV6. Salah satu channel TV di China.


Dengan keluasan 2.9 km persegi dan didominasikan oleh Bukit Longevity atau umur panjang (60 meter) dan Tasik Kunming buatan manusia (2.2 km persegi) dengan tanah yang digali digunakan untuk membina bukit berkenaan telah mula dibina pada tahun 1750 (Kerajaan Dinasti Qianlong).


Berlatar belakangkan Tasik Kunming





Dalam bot menyusuri Tasik Kunming

Pukul 6 kami keluar dari Summer Palace. Aku, Pakistan, PNG, Thai & Vietnam pergi ke Silk Street (tempat shopping Ahad lepas) naik Subway & Bhutan dengan Nepal pergi ke tempat lain.  Pukul 10.45 kami balik ke hotel.


SABTU, 28 Mei 2011 (Hari terakhir di Beijing)
Esok nak balik, habis berkemas dekat pukul 3 pagi. 5.30 pagi dah kena bertolak dari hotel ke Airport. Flight 9.00 pagi. Cadang tak nak tidur sebab tak nak terlajak. Tapi sementara tengah panaskan air untuk nak habiskan stok makanan aku terlelap pulak. Tersedar jam 5.27 pagi. Itu pun sebab staf BUPT yang arrange untuk transport bagi peserta yang balik pagi ni call dari lobi. Apa lagi, aku terus sarung baju dengan mata merah bergagas turun ke ke lobi. Tak sempat nak mandi dah (tapi aku dah mandi jam 1.30 pagi tadi)


Sampai lobi teksi dan peseta Mongolia yang flight 8.35 pagi dah menunggu. Aku dan Mongolian tu naik 1 teksi ke Airport. Tapi lain-lain terminal.


5.40 pagi, tapi matahari dah tinggi macam jam 9 pagi di Malaysia. Trafik masih lancar di pagi hari.

Mula-mula teksi hantar dia dulu ke terminal 3, lepas tu baru hantar aku ke terminal 2. Ada 3 terminal semua di Capital Beijing International Airport ni. Dalam 6.10 aku sampai airport.

Sampai airport baru le aku nak membersihkan diri, gosok gigi & sebagainya di toilet airport. Check-in di Kaunter A09. Lama juga beratur 1/2 jam ada kot. Selesai pemeriksaan imegresen terus ke pintu 10.  Ada masa 1 jam lagi.


Pesawat MAS Airbus330 MH371 yang membawa aku pulang ke Tanah Air. Tengah loading makanan ke dalam flight.
Pesawat MAS Airbus330 MH371 yang membawa aku pulang ke Tanah Air. Dengan kelajuan purata 880Km/j & paras tertinggi 38,000 kaki

Masuk dalam flight  seperti yang dijadualkan tapi flight berlepas lewat 45 minit (9.45 pagi) kerana menunggu giliran sebab kesibukan lalulintas udara di sini.


Mendarat di KLIA jam 3.40 petang. Lewat 25 minit dari jadual. Di KLIA dijemput oleh Isteri dan anak-anak tersayang. Barulah terasa nikmat pernafasan dengan udara yang lembab walau suhu yang lebih tinggi berbanding Beijing.


Sampai di KLIA juga dapat SMS berita Kak Siti Khanifah Zailani baru sahaja melahirkan cahaya matanya yang ke-5 di Hospital Manjung jam 3.24 ptg. Tahniah diucapkan.



Khamis 26 Mei 2011
Jam 22:14:12 MYT GMT+8 Bejing, China: Hari Ke-9
Kategori: Luar Negara


Hari ini merupakan hari terakhir sesi kuliah. Pagi "Network Security of NGN" oleh Puan Sun Bin dan Petang "Home Nework" Oleh Puan Zhang Xu @ Selina.

Puan Sun Bin Puan Zhang Xu

Petang bercadang nak ke Golden Five Star Market +- 15 berjalan dari hotel, tapi hujan pulak hari ni.. jadi tak ke mana petang ni...

Hujan... setiap seorang peserta dipinjamkan payung
Hujan... setiap seorang peserta dipinjamkan payung

Kelas dah habis. Esok pagi Majlis Penutup... Sabtu balik Malaysia... tak sabar rasanya nak balik.. Jumpa anak2 & Isteri tercinta...



Rabu 25 Mei 2011
Jam 23:49:23 MYT GMT+8 Beijing, China: Hari Ke-8
Kategori: Luar Negara,


Hari ni kelas sesi pagi je. "Network Design & Service planning for NGN" oleh Puan Qiu Xiafeng.



Petang kami dibawa naik Van University ke Huawei Exhibition Hall di Bangunan Jinrong Dajie.

Kemudian kami dibawa balik semula ke BUPT untuk melawat Makmal Ujian Sistem Rangkaian di BUPT.





Petang ni aku pilih untuk tak pergi mana-mana. Rehat.. Penat dan muka & bibir dan lengan masih kering.  Tapi tak seteruk hari Ahad tu. Cuaca memang kering waktu ni di Bejing walaupun suhu sejuk. Bukan aku sorang je yang alami masalah ni. Peserta Sri Lanka, Mongolia & Nepal juga...

Malam tengok live Malaysia vs Indonesia Badminton Piala Sudirman di saluran CCTV 5 kat bilik hotel. Kalah la pulak 2-3. Dah lah tak faham apa yang pengulas cakap


Traffic Light macam ni ada tak kat Malaysia?



Halaman | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | Seterusnya >>

MyRSSFeed


Naqib.NET®

Naqia.NET®

Aqlan.NET®

Galeri MyMasjid®

Komen Terkini

MyFacebook

Nota: Hanya accept yang aku kenal dan pernah aku kenal.. :-)

MyTwitter

©Hakcipta Terpelihara Ahmad Kamil Bin Zailani - 1978-2013
www.kamilz.com - www.noraini.com - www.naqib.net - www.naqia.net - www.aqlan.net